Sunday, March 27, 2011

Bagan Serai



Bagan serai, Perak, merupakan salah satu perkampungan nelayan dan industri kecil yang menjadi salah satu punca rezeki penduduk setempat. Pemandangan senja disini juga menjadi tumpuan orang ramai kerana keindahannya. walhal penduduk disini begitu mesra dengan pengunjung yang datang untuk menikmati alam sekeliling.

Bengkel Servis Radiator/Tangki Air




Salah satu perniagaan yang masih dijalankan di bandar Klang ini ialah servis tangki air atau radiator. walaupun kedai ini kurang mendapat sambutan dari orang ramai dengan peningkatan alatan berteknologi tinggi namun mereka masih ada pelanggan tetap. kaedah dan alatan yang digunakan masih lagi elok. Kedai ini kelihatan agak sepi walaupun bandar klang ini dikatankan agak sesak dengan laluan kenderaan yang berpusu-pusu. Kedai ini mula beroperasi sejak dari tahun 1992 dan sampai sekarang.