Sunday, March 27, 2011

Bagan Serai



Bagan serai, Perak, merupakan salah satu perkampungan nelayan dan industri kecil yang menjadi salah satu punca rezeki penduduk setempat. Pemandangan senja disini juga menjadi tumpuan orang ramai kerana keindahannya. walhal penduduk disini begitu mesra dengan pengunjung yang datang untuk menikmati alam sekeliling.

Bengkel Servis Radiator/Tangki Air




Salah satu perniagaan yang masih dijalankan di bandar Klang ini ialah servis tangki air atau radiator. walaupun kedai ini kurang mendapat sambutan dari orang ramai dengan peningkatan alatan berteknologi tinggi namun mereka masih ada pelanggan tetap. kaedah dan alatan yang digunakan masih lagi elok. Kedai ini kelihatan agak sepi walaupun bandar klang ini dikatankan agak sesak dengan laluan kenderaan yang berpusu-pusu. Kedai ini mula beroperasi sejak dari tahun 1992 dan sampai sekarang.

Thursday, January 20, 2011

Thaipusam


Thaipusam dirayakan pada bulan penuh dari bulan ke-10 dalam kalendar Hindu.
Hal ini biasanya diadakan pada minggu terakhir bulan Januari atau awal Februari
,bergantung pada penyelarasan bulan, matahari dan planet-planet.


Saturday, January 15, 2011

Petaling Street

Petaling Street terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur dan
merupakan salah satu tempat yang lebih dikenali sebagai Chinatown.
senario di sebalik lorong petaling street di bandaraya
kuala lumpur merupakan salah satu tempat yang memelihara suasana
tradisional terutama pada waktu malam.
pada siang hari ada para peniaga yang hanya beristirehat
untuk mempersiapkan barang-barang yang hendak diniagakan
pada malam harinya. Para peniaga di petaling street ini terdiri
daripada pelbagai bangsa, kebanyakannya terdiri daripada kaum
melayu serta cina dan india. Disini terdapat pelbagai barangan seperti
aksesori, pakaian, kasut, makanan dan banyak lagi hanya dengan
harga yang berpatutan. Kepelbagaian barangan membuatkan ramai
pengunjung datang kesini tanpa henti. Ramai juga pengunjung dari
luar negara berkunjung kesini.